jaketkulitgarut.co.id

Situs jaketkulitgarut.co.id yang membagikan informasi dunia teknologi informasi dan komunikasi , dan beberapa tips menarik.

Gurindam dan Seloka

Gurindam dan Seloka

Gurindam dan Seloka
Gurindam dan Seloka

Gurindam merupakan

salah satu bentuk puisi dalam bahasa melayu lama yang terdiri dari dua bait, dan setiap baitnya terdiri dari dua suku kata yang berirama sama. Menurut sumber gurindam dibawa oleh bangsan hindu atau yang lebih dikenal dengan pengaruh sastra hindu. Gurindam berasal dari bahasa India (tamil) kirindam yang berarti asal mula-mula atau perumpamaan. Gurindam tidak sama dengan pantun

Ciri-ciri bentuk Gurindam

a. Merupakan puisi bebas atau tidak terikat
b. Rangkap : Mempunyai 2 baris dalam serangkap atau beberapa baris dalam serangkap. Setiap baris dalam rangkap merupakan isi atau maksud dan perlu bersambung dengan baris-baris dalam rangkap berikutnya untuk membawa makna yang lengkap.
Baris pertama dikenali sebagai “syarat” dan baris kedua dikenali sebagai “jawab”. Baris pertama “syarat” menyatakan sesuatu fikiran atau peristiwa dan baris kedua pula menyatakan keterangan atau menjelaskan apa yang telah dinyatakan oleh baris atau ayat pertama tadi.
c. Perkataan : jumlah perkataan sebaris juga tidak tetap.
d. Sukukata : julah sukukata juga tidak tetap.
e. Rima : rima akhirnya juga tidak tetap

Contoh gurindam lama yang indah:
Tengah malam sudah terlampau
Dinihari belum lagi tampak
Budak-budak dua kali jaga
Orang muda pulang bertandang
Orang tua berkalih tidur
Embun jantan rintik-rintik
Berbunyi kuang jauh ke tengah
Sering lanting riang di rimba,
Melenguh lembu di padang
Sambut menguak kerbau di kandang
Berkokok mendung merak menggigal
Fajar sidik menyingsing naik
Kicak kicau bunyi murai
Taptibau melambung tinggi
Berkuku balam di ujung bendul
Terdenyut puyuh panjang bunyi
Puntung sejengkal tinggal sejari
Itulah alamat hari nak siang.

Jenis-Jenis Gurindam

*Gurindam serangkap dua baris
*Gurindam serangkap empat baris
*Gurindam bebas

Definasi Seloka

Seloka ialah puisi tradisional melayu yang berbentuk bebas yang tidak mempunyai bentuk tertentu dari segi rangkap.Jumlah baris,sama ada mempunyai irama atau pun tidak.Antara ciri seloka adalah mengejek,menyindir,secara serius atau jenaka mahupun mengkritik tingkah laku dan sifat negatif seseorang ataupun kelompok masyarakat.
Menurut kamus dewan edisi ke-4,seloka ialah sejenis puisi yang mengandungi ajaran seperti sindiran mahupun jenaka.kata seloka berasal dari bahasa sanskrit iaitu ‘sloka’.seloka biasanya ditulis dua atau empat baris dan terkadang seloka juga ditulis lebih dari empat baris.

Ciri-Ciri Seloka

Satu bait seloka terdiri daripada 4 baris atau lebih.
Memiliki lebih dari satu bait.
Seloka pula disusun secara berangkap.Namun setiap rangkap tidak tetap,jadi rima akhir adalah bebas.isi seloka biasanya bersifat menyindir atau mengejek seperti seloka Pak kaduk.
Berasal daripada perkataan sanskrit bermaksud karangan berangkap yang melarat.
Tidak tetap bilangan baris dan iramanya.
Isinya lebih kepada mesej-mesej lucu,jenaka,ejekan,gurauan atau sindiran yang tajam.
Sebuah seloka mmepunyai kesatuan isi atau idea yang lengkap.

JENIS SELOKA

Seloka sindiran
> Seloka mengejek
> Seloka menempelak
> Seloka nasihat
> Seloka pengajaran
> Seloka khayal
> Seloka gurau senda
Seloka Pak Kaduk

Baca Juga:

jaketkulitgarut

Kembali ke atas